Tuesday, November 11, 2008

Episod Kegilaan Bahasa Melayu akibat Belajar terlalu Banyak

Hello, rakan-rakan seperjuanganku!

Aku tidak sepatutnya berada di sini tetapi ini merupakan satu cara untuk menyalurkan segala tekanan peperiksaan SPM. SPM diisytiharkan bermula pada hari ini dan aku sedang mengira hari ke arah kemerdekaan. Dengan sukacitanya aku mengumumkan bahawa hanya 16 hari yang tinggal.

Semalam merupakan malam yang mendebarkan kerana tidak habis mengulangkaji matapelajaran Sejarah. Walau bagaimanapun, dengan pertolongan kakakku dan Tuhan Yang Maha Esa, aku telah menyemak kertas soalan objektif Sejarahku dan memperoleh 33/40. Maklumlah bahawa aku merupakan pelajar D Sejarah. Harapanku untuk memperoleh gred A1 dalam Bahasa Melayu nampaknya tidak akan termakbul. Sementara aku mengejar A1 dalam Sejarah, aku telah mengabaikan BM. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Aku hanya mampu melihat A1 itu berterbangan jauh dari genggamanku.

Esok merupakan kertas Bahasa Inggeris dan juga Sejarah II. Jikalau aku tidak meraih A1 dalan BI, maka terpenggallah kepalaku dengan sendirinya. Begitu juga dengan Matematik.

Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga kalian berjaya menjawab!
Fellow comrades, let's fight with all the weapons and ammunition we've got!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails